Butik Online Anda - Your Online Boutique

mybutik2u adalah butik online menjual pelbagai koleksi tudung, secara runcit dan borong.

Kami menjahit sendiri tudung menggunakan kain berkualiti dengan corak dan design terkini.

ini adalah antara koleksi tudung mybutik2u...

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

MyButik2U Official Web:

Photobucket

June 25, 2011

Tudung plain dengan ropol-ropol


dalam pembikinan... baru siap 2 kaler... cream... pink... ropol2nya kami buat dari tone gelap skit... harga? nnt sy update k... cuci2 mata dulu...



June 14, 2011

Tudung V-shape - abstract


tudung v-shape bercorak abstract ni mulanya dibuat dalam 2 warna saja... black dan dark brown... tapi ada request nakkan warna dark blue... jadi alang2 tambah 1 warna...saya tambahkan lagi 1 warna iaitu dark purple.... sebabkan kekangan masa (dan byk steps nak buat tudung ni), setiap kali restock, kami hanya sempat buat 4pcs setiap batch... itu pun sekejap aja dah habis dan kena restock lagi....

ada juga request nakkan tudung ni dlm size S dan L... boleh aje selagi stok kain masih ada.... order form ada di facebook mybutik2u

June 13, 2011

Tudung Pelangi masuk batch ke-6


koleksi terkini di mybutik2u, tudung pelangi kod 72 series... mula upload di facebook mybutik2u pada 2 june, kini sehingga 14 june sudah 120pcs terjual... pelbagai size... ada 6 warna semuanya... kombinasi warna sama mcm kod 63 series.. cuma yang ni.. warnanya lebih terang dengan padanan awning thai silk warna2 terbaru....

kod 72A - campuran pink + green, awning thai silk shocking pink
kod 72B - campuran orange + yellow, awning thai silk dark orange
kod 72C - campuran purple + turquoise, awning thai silk purple
kod 72D - campuran green + purple, awning thai silk green
kod 72E - campuran violet + peach, awning lycra violet
kod 72F - campuran pink + yellow, awning thai silk pink

ready stock masih available... tempahan juga masih dibuka... kunjungi facebook mybutik2u untuk membuat pesanan ya! terimakasih....


Tips Penggayaan Tudung


1. Pilihan kain dan anak tudung
  • Pilihan kain perlulah dari jenis kain yang sesuai. Pilih juga dari jenis yang selesa.Ini penting terutama ketika sedang memakai kerana ia boleh menampakan keselesaan dari raut wajah pemakai
  • Kain tudung yang terlalu besar juga tidak sesuai. Ia boleh mencacatkan keseluruhan penampilan.

Pilihlah jenis kain selendang yang tidak terlalu panjang atau besar seperti fabrik viscose atau jenis kapas. Kain jenis ini sesuai untuk semua majlis juga sesuai untuk aktiviti lasak.

2. Majlis Korporat

  • Penggunaan tudung bersaiz empat segi adalah paling sesuai
  • Kain dari jenis kurang licin adalah lebih praktikal
  • Jenis fabric yang disarankan adalah kain kasa, cita bercampur, crepe dan gogette.

3. Majlis kasual atau siang

  • Elakkan tudung yang bermanik berlebihan. Ini kerana ia hanya sesuai untuk ke majlis formal atau makan.
  • Tudung bercorak lebih sesuai dipadankan dengan pakaian.

4. Selendang

  • Berselendang adalah sesuai digayakan ke majlis yang lebih formal.
  • Keanggunan akan terselah dan lebih menarik dipadankan dengan hiasan kerongsang ditepi bahu.
  • Jenis selendang paling sesuai seperti polyester, viscose silk dan sifon.

5. Selendang dan penjagaan rambut

  • Jenis fabrik juga penting dari aspek pengalian udara ketika memakai selendang.
  • Udara yang boleh bergerak bebas boleh menjaga kesihatan rambut juga menjaga kesihatan kulit kepala. Ia penting khusus untuk mengelak rambut menjadi panas. Rambut akan senang berbau hapak akibat peluhdikulit kepala. Keguguran rambut pasti berlaku.

6. Anak tudung

  • Pilihlah dari jenis kain yang tidak mudah melurut atau licin. Selendang akan mudah lucut dengan kain jenis ini.
  • Jika berambut pendek, gunakan saja 'hairband' atau cekak yang nipis. Mengikat selendang juga akan menjadi mudah.
  • Pastikan juga warna anak tudungn tidak sama dengan tudung atau selendang. Ia boleh menampakkan penampilan yang sudah berusia.

7. Berwajah bulat atau berisi

  • Pilihlah susunan corak yang tidak terlalu tertumpu di sekeliling wajah.
  • Kemaskan dibahagian tepi wajah dengan sedikit lipatan. Ini mampu menampakkan wajah lebih kurus.

8. Berwajah sawo matang hingga gelap

  • Pilihlah dari warna-warna lembut
  • Bunga atau corak juga jangan pilih dari jenis bunga-bunga besar arau corak yang terlalu menonjol. Paling sesuai adalah dari corak yang samar-samar.

Nota :

Kecantikan tidak dapat dipisahkan oleh wanita. Oleh itu tuntutan Islam dalam berpakaian sepatutnya memenuhi syarat-syarat berikut :

  • Menutup aurat
  • Menjaga kebersihan
  • Mementingkan kekemasan
  • Menjaga keselamatan wanita tersebut
  • Jenis Fabrik yang digunakan hendaklah tidak nipis dan jarang
  • Potongan baju juga tidak ketat
Bersama @ jumpa kami :-


Website
:-

http://www.mybutik2u.com/catalog/


Facebook :-

http://www.facebook.com/pemborong.mybutik2u

http://www.facebook.com/mybutik2u

Outlet :-

No.20, Jln. Tuanku Haminah 1, Tmn. Tuanku Haminah, Sg. Petani, Kedah Darulaman


June 12, 2011

Bulk order tudung pelangi


last month, dalam sibuk2 buatkan stock... kami juga running untuk bulk order batch 9 untuk agent Ainz di KT.... kali ni ordernya: 100pcs size L tudung2 pelangi kod 71 dan 72 series.... awning daripada kain lycra yg matching...

lebih 2 minggu juga siapkan tudung ni... tapi taklah selambat tudung awning lace tu.. tudung lace yg sebelum ni..mmg ngambil masa sungguh tuk siapkan... ye la..bukan senang nak cantumkan 2 awning jadi 1...pastu cantum ke body tudung...pastu nak buatkan curly2 di kiri kanan, depan... hah... boleh bayangkan prosesnya? hehe...

skrg sdg sambung buat tudung lace lagi...... aaaaaa.......


Tudung V-shape - stripes


kali ni saya review tudung v-shape corak stripes ni pulak...yg ni kod 65 series... mulanya buat dalam 2 warna saja... gray dan dark orange... lepas tu ada pula yang tanyakan warna2 lain... saya cuma dapat cari lagi 2 warna untuk ditambah pada koleksi ni....deep pink dan pink purple
secara teknikalnya... bukan mudah nak buat tudung ni... melalui proses menggunting 3-4 keping kain, proses mencantum, proses jahit tepi halus yg curly2 tu lagi...lepas tu cantum + jahit tepi + jahit kemasan... baaaru lah siap sehelai tudung... phewwww... juga waktu menggunting, jangan tersalah ambil ira kain... nnt tak dapat pulak curly2 yg cantik tu...

sehingga hari ni.. lebih kurang 30 pcs telah terjual..tak dapat nak kira jumlah sebenar sbb sebelum ni sy tak masukkan kuantiti order dlm jadual... susah pulak nak trace balik order form lama2..hehe... apa2 pun...kesemua warna di atas masih available... jika berminat, jangan lupa ke facebook mybutik2u dan order di sana ya.... tq!


June 11, 2011

Tudung Pelangi batch ke 5 dah...

corak pelangi kod 71 ni lain sikit daripada batch2 sebelum ni... datang dalam 6 pilihan warna yang cantik... dan dapat pula cari awning thai silk yg matching untuk semua warna2 ni... mula upload di facebook sejak 2 May lalu... kini, lebih 100 helai pelbagai size telah terjual...
sehingga hari ini:

kod 71A campuran purple violet + brown, awning thai silk purple violet => 9pcs size M, 8pcs size L, 1 size XL sudah terjual...

kod 71B campuran dark gray + green, awning thai silk dark gray => 1pc size S, 13pcs size M, 9pcs size L, 1pc size XL dan 1pc size XXL terjual... yg ni ready stock dah SOLD OUT...tempahan juga DITUTUP

kod 71C campuran golden brown + pink, awning thai silk golden brown => 9pcs size M, 8pcs size L dah pun terjual...

kod 71D campuran turquoise + lite purple, awning thai silk turquoise => 3pcs size S, 9pcs size M dan 7pcs size L ... masih ada ready stock dan tempahan juga masih dibuka

kod 71E campuran brown + purple, awning thai silk brown => 4pcs size M dan 9pcs size L dijual sehingga hari ni..masih ada stock, juga masih boleh ditempah lain2 size...

kod 71F campuran maroon + golden yellow, awning thai silk maroon => 6pcs size M dan 9pcs size L terjual hingga hari ni.. juga masih ada ready stock dan tempahan...

jangan lepaskan peluang mendapatkan koleksi tudung pelangi 71 series ni... layari facebook: www.facebook.com/mybutik2u untuk membuat pesanan... jumpa di sana!