Butik Online Anda - Your Online Boutique

mybutik2u adalah butik online menjual pelbagai koleksi tudung, secara runcit dan borong.

Kami menjahit sendiri tudung menggunakan kain berkualiti dengan corak dan design terkini.

ini adalah antara koleksi tudung mybutik2u...

Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket Photobucket

MyButik2U Official Web:

Photobucket

June 25, 2011

Tudung plain dengan ropol-ropol


dalam pembikinan... baru siap 2 kaler... cream... pink... ropol2nya kami buat dari tone gelap skit... harga? nnt sy update k... cuci2 mata dulu...



June 14, 2011

Tudung V-shape - abstract


tudung v-shape bercorak abstract ni mulanya dibuat dalam 2 warna saja... black dan dark brown... tapi ada request nakkan warna dark blue... jadi alang2 tambah 1 warna...saya tambahkan lagi 1 warna iaitu dark purple.... sebabkan kekangan masa (dan byk steps nak buat tudung ni), setiap kali restock, kami hanya sempat buat 4pcs setiap batch... itu pun sekejap aja dah habis dan kena restock lagi....

ada juga request nakkan tudung ni dlm size S dan L... boleh aje selagi stok kain masih ada.... order form ada di facebook mybutik2u

June 13, 2011

Tudung Pelangi masuk batch ke-6


koleksi terkini di mybutik2u, tudung pelangi kod 72 series... mula upload di facebook mybutik2u pada 2 june, kini sehingga 14 june sudah 120pcs terjual... pelbagai size... ada 6 warna semuanya... kombinasi warna sama mcm kod 63 series.. cuma yang ni.. warnanya lebih terang dengan padanan awning thai silk warna2 terbaru....

kod 72A - campuran pink + green, awning thai silk shocking pink
kod 72B - campuran orange + yellow, awning thai silk dark orange
kod 72C - campuran purple + turquoise, awning thai silk purple
kod 72D - campuran green + purple, awning thai silk green
kod 72E - campuran violet + peach, awning lycra violet
kod 72F - campuran pink + yellow, awning thai silk pink

ready stock masih available... tempahan juga masih dibuka... kunjungi facebook mybutik2u untuk membuat pesanan ya! terimakasih....


Tips Penggayaan Tudung


1. Pilihan kain dan anak tudung
  • Pilihan kain perlulah dari jenis kain yang sesuai. Pilih juga dari jenis yang selesa.Ini penting terutama ketika sedang memakai kerana ia boleh menampakan keselesaan dari raut wajah pemakai
  • Kain tudung yang terlalu besar juga tidak sesuai. Ia boleh mencacatkan keseluruhan penampilan.

Pilihlah jenis kain selendang yang tidak terlalu panjang atau besar seperti fabrik viscose atau jenis kapas. Kain jenis ini sesuai untuk semua majlis juga sesuai untuk aktiviti lasak.

2. Majlis Korporat

  • Penggunaan tudung bersaiz empat segi adalah paling sesuai
  • Kain dari jenis kurang licin adalah lebih praktikal
  • Jenis fabric yang disarankan adalah kain kasa, cita bercampur, crepe dan gogette.

3. Majlis kasual atau siang

  • Elakkan tudung yang bermanik berlebihan. Ini kerana ia hanya sesuai untuk ke majlis formal atau makan.
  • Tudung bercorak lebih sesuai dipadankan dengan pakaian.

4. Selendang

  • Berselendang adalah sesuai digayakan ke majlis yang lebih formal.
  • Keanggunan akan terselah dan lebih menarik dipadankan dengan hiasan kerongsang ditepi bahu.
  • Jenis selendang paling sesuai seperti polyester, viscose silk dan sifon.

5. Selendang dan penjagaan rambut

  • Jenis fabrik juga penting dari aspek pengalian udara ketika memakai selendang.
  • Udara yang boleh bergerak bebas boleh menjaga kesihatan rambut juga menjaga kesihatan kulit kepala. Ia penting khusus untuk mengelak rambut menjadi panas. Rambut akan senang berbau hapak akibat peluhdikulit kepala. Keguguran rambut pasti berlaku.

6. Anak tudung

  • Pilihlah dari jenis kain yang tidak mudah melurut atau licin. Selendang akan mudah lucut dengan kain jenis ini.
  • Jika berambut pendek, gunakan saja 'hairband' atau cekak yang nipis. Mengikat selendang juga akan menjadi mudah.
  • Pastikan juga warna anak tudungn tidak sama dengan tudung atau selendang. Ia boleh menampakkan penampilan yang sudah berusia.

7. Berwajah bulat atau berisi

  • Pilihlah susunan corak yang tidak terlalu tertumpu di sekeliling wajah.
  • Kemaskan dibahagian tepi wajah dengan sedikit lipatan. Ini mampu menampakkan wajah lebih kurus.

8. Berwajah sawo matang hingga gelap

  • Pilihlah dari warna-warna lembut
  • Bunga atau corak juga jangan pilih dari jenis bunga-bunga besar arau corak yang terlalu menonjol. Paling sesuai adalah dari corak yang samar-samar.

Nota :

Kecantikan tidak dapat dipisahkan oleh wanita. Oleh itu tuntutan Islam dalam berpakaian sepatutnya memenuhi syarat-syarat berikut :

  • Menutup aurat
  • Menjaga kebersihan
  • Mementingkan kekemasan
  • Menjaga keselamatan wanita tersebut
  • Jenis Fabrik yang digunakan hendaklah tidak nipis dan jarang
  • Potongan baju juga tidak ketat
Bersama @ jumpa kami :-


Website
:-

http://www.mybutik2u.com/catalog/


Facebook :-

http://www.facebook.com/pemborong.mybutik2u

http://www.facebook.com/mybutik2u

Outlet :-

No.20, Jln. Tuanku Haminah 1, Tmn. Tuanku Haminah, Sg. Petani, Kedah Darulaman


June 12, 2011

Bulk order tudung pelangi


last month, dalam sibuk2 buatkan stock... kami juga running untuk bulk order batch 9 untuk agent Ainz di KT.... kali ni ordernya: 100pcs size L tudung2 pelangi kod 71 dan 72 series.... awning daripada kain lycra yg matching...

lebih 2 minggu juga siapkan tudung ni... tapi taklah selambat tudung awning lace tu.. tudung lace yg sebelum ni..mmg ngambil masa sungguh tuk siapkan... ye la..bukan senang nak cantumkan 2 awning jadi 1...pastu cantum ke body tudung...pastu nak buatkan curly2 di kiri kanan, depan... hah... boleh bayangkan prosesnya? hehe...

skrg sdg sambung buat tudung lace lagi...... aaaaaa.......


Tudung V-shape - stripes


kali ni saya review tudung v-shape corak stripes ni pulak...yg ni kod 65 series... mulanya buat dalam 2 warna saja... gray dan dark orange... lepas tu ada pula yang tanyakan warna2 lain... saya cuma dapat cari lagi 2 warna untuk ditambah pada koleksi ni....deep pink dan pink purple
secara teknikalnya... bukan mudah nak buat tudung ni... melalui proses menggunting 3-4 keping kain, proses mencantum, proses jahit tepi halus yg curly2 tu lagi...lepas tu cantum + jahit tepi + jahit kemasan... baaaru lah siap sehelai tudung... phewwww... juga waktu menggunting, jangan tersalah ambil ira kain... nnt tak dapat pulak curly2 yg cantik tu...

sehingga hari ni.. lebih kurang 30 pcs telah terjual..tak dapat nak kira jumlah sebenar sbb sebelum ni sy tak masukkan kuantiti order dlm jadual... susah pulak nak trace balik order form lama2..hehe... apa2 pun...kesemua warna di atas masih available... jika berminat, jangan lupa ke facebook mybutik2u dan order di sana ya.... tq!


June 11, 2011

Tudung Pelangi batch ke 5 dah...

corak pelangi kod 71 ni lain sikit daripada batch2 sebelum ni... datang dalam 6 pilihan warna yang cantik... dan dapat pula cari awning thai silk yg matching untuk semua warna2 ni... mula upload di facebook sejak 2 May lalu... kini, lebih 100 helai pelbagai size telah terjual...
sehingga hari ini:

kod 71A campuran purple violet + brown, awning thai silk purple violet => 9pcs size M, 8pcs size L, 1 size XL sudah terjual...

kod 71B campuran dark gray + green, awning thai silk dark gray => 1pc size S, 13pcs size M, 9pcs size L, 1pc size XL dan 1pc size XXL terjual... yg ni ready stock dah SOLD OUT...tempahan juga DITUTUP

kod 71C campuran golden brown + pink, awning thai silk golden brown => 9pcs size M, 8pcs size L dah pun terjual...

kod 71D campuran turquoise + lite purple, awning thai silk turquoise => 3pcs size S, 9pcs size M dan 7pcs size L ... masih ada ready stock dan tempahan juga masih dibuka

kod 71E campuran brown + purple, awning thai silk brown => 4pcs size M dan 9pcs size L dijual sehingga hari ni..masih ada stock, juga masih boleh ditempah lain2 size...

kod 71F campuran maroon + golden yellow, awning thai silk maroon => 6pcs size M dan 9pcs size L terjual hingga hari ni.. juga masih ada ready stock dan tempahan...

jangan lepaskan peluang mendapatkan koleksi tudung pelangi 71 series ni... layari facebook: www.facebook.com/mybutik2u untuk membuat pesanan... jumpa di sana!

May 15, 2011

Cuti sekolah vs tudung bling2





nampaknye cuti sekolah dah dekat nih... sbb makin ramai customer datang tempah tudung bling2 untuk majlis bertunang la... akad nikah la... bersanding la... ada juga yg datang last minit nak minta buat customized order utk shawl dsb... ada yg terima, ada yg terpaksa tolak... sbb kdg2 buat kerja last minit ni.. takut x menjadi pulak... apa2 pun... tahniah kepada semua bakal2 raja sehari ni....


May 11, 2011

Lebih 50 pilihan warna tudung plain...

okay..kali ni kita tengok colour chart untuk tudung plain pula ye... di mybutik2u ada lebih 50 pilihan tone warna.... ready stock kami buat kebanyakannya dalam size S, M dan L... juga boleh buat tempahan lain2 size yang anda suka... kami buat sehingga tudung bidang 60"...

ni antara ready stock tudung plain (full lycra) size S dan M... boleh pilih nak curly end atau double stitch end....
berminat nak order? atau nak tempah? atau nak beli secara borong? sertai kami di facebook: mybutik2u 

Akan datang - lagi2 pelangi

warna pelangi terbaru kod 72...kali ni..ada printed2 skit...kombinasi tone warna lebih kurang sama dgn kod DMPL-63.. tapi yg ni tone warnanya lebih terang... mcm biasa...ready stock kami akan buat dalam size M... jika ada yg berminat nak order selain dari size M atau nak tudung scallop..cepat2 lah ye... nanti kehabisan pulak...

untuk permulaan, ada 4 warna saja....kalau ada lagi warna2 lain.akan ditambah kepada koleksi ni...


Tudung Exclusive - vintage collections


kali ni mybutik2u keluarkan tudung bercorak vintage... warna soft pink dan cream... dah nak masuk batch ke-3 pun... ada juga yang tempah buat size L dan S... juga tudung kanak2... kainnya sangat lembut... buat masa sekarang, tudung ni masih available... ada lagi 3pcs warna pink dan 5pcs warna cream... jika berminat, boleh isi order form ya...


Tudung Exclusive - limited edition


corak bunganye comel2...warna pun lembut aje... tapi sayangnya dapat stock kain yg sangat terhad... dapat buat 5pcs aje... 3pcs bunga pink... 2pcs bunga biru... hari pertama publish... dah sold out... thanks to Ummi + Norliyah... ramai yg minta restock bunga pink tu... insyaallah... saya pun harap dapat lagi kain ni... comelnye kalau dapat buat tudung kanak2...


Tudung Pelangi - 4th batch

plain pelangi yg cantek2 ni ada 12 warna semuanya... semua dah sold out... menariknya, tudung pelangi ni kombinasi warna yg kontras.. contohnye... biru dgn orange... orange dengan purple... hijau dengan kuning...biru dengan brown...hijau dengan peach...
terimakasih pada semua...

April 28, 2011

bulk order project (8th batch) - 80% done


ingat lagi dengan project bulk order lace + lycra hari tu? dah hampir siap...
proses meggunting - 100% completed
proses mencantum - 90% done
proses finishing - jahit curly end - 80% done

ini antara yang dah siap... walk-in customer yg ternampak tudung2 ni di atas meja juga tertarik dgn tudung2 ni....
bukan senang nak siapkan sehelai tudung...inikan pula 100 tudung.. hehe... hopefully dapat siapkan semuanya menjelang hari isnin nanti.... berminat tak nak tahu proses membuat tudung?


Corak baru dgn kombinasi warna2 unik


terujanya hati bila nampak corak yg ni... sbb warnanya mmg menarik.. gabungan warna2 yg agak unik...contohnya.. hijau + gray... turquoise + purple... purple + brown... golden brown + pink... ada 10 warna semuanya.. tapi utk permulaan... saya buat 4 warna dulu... (kes pening nak cari awning thai silk yang matching ... arghhhhhh!!!)

so, boleh cuci2 mata dulu ya...

April 15, 2011

bulk order project (8th batch) - lace + lycra


lagi special order dari agent mybutik2u... kali ni Ain request tudung double awning with lace... tanpa berlengah hari ni whole day saya dan incik suami meng'hunting' kain2 lace yg cantek, warna menarik + harga terbaek... 3 kombinasi yg penting... hehehe

15 warna semuanya untuk 100pcs tudung awning lace size L... jenuh pening juga bila sampai time nak matchingkan dengan plain lycra yg sesuai sbb ada lagi beberapa requirements yg perlu dipertimbangkan... apa dia? biarlah rahsia dulu... nanti dah siap... kita citer ye...

tudung lace mmg biasa buat untuk special order tudung pengantin... tapi takde la sampai 100pcs sekaligus... ermmmmm (tengah mengira2 waktu yang akan dihabiskan untuk membuat awningnya saja)... apa2 pun... harap dapat siapkan secepat mungkin...

*** kembali bizi... tapi banyak juga beli kain corak baru utk stock baru... camne??? sempat ke nak membuatnye???

Printed lycra baru - nak buat design apa ye?

macam biasa... sambil2 beli kain utk bulk order tu... TERbeli jugak kain untuk buat stock baru... pantang betul tengok ada corak2 baru nih... masa beli mcm dah plan la yg ni buat tudung ape.. yg tu pulak nak tudung cutting mcm mane... tapi selalunya... bila tiba masanya... mesti tertukar jadi tudung pesen lain... ntah apa2 la... so, buat masa sekarang... simpan dulu sampai dapat idea...


kiri: tone pink + corak abstract orange
kanan: tone biru + corak abstract violet
(lama tak buat tudung scallop... kain ni rasa macam sesuai je...)


kiri: corak abstract bintik2 pink + purple + black + gray
kanan: corak abstract bintik2 yellow + orange + black + gray
(yg ni mcm nak buat tudung v-shape, tapi mcm tak sure nak match dgn base apa)



kiri: polka dot white on black base
kanan: polka dot cream on brown base
(yg ni mcm confirm nak buat v-shape)

April 13, 2011

Tudung Pelangi - 3rd batch

3rd batch! tudung pelangi lagi... texture kain sama mcm 1st batch...cuma coraknya lain + unik gitu....kali ni ada 10 kombinasi warna menarik iaitu (ikut turutan kiri ke kanan, line atas):
- kuning + pink, awning thai silk pink
- pink + hijau, awning thai silk pink
- grey + pink, awning thai silk grey
- hijau + purple, awning thai silk hijau
- orange + kuning, awning thai silk orange
- turquoise + biru, awning thai silk turquoise
yg 4 pcs kat bawah tu pulak:
- purple + turquoise, awning thai silk purple
- violet + peach, awning thai silk violet
- dark peach + pink, awning thai silk peach
- teal + hijau, awning thai silk teals

paling banyak terjual yg warna pink+grey tu... saya gunakan lebih 20 meter kain untuk buat 18pcs Size M...4pcs size L dan 2pcs size M kanak2... memang berbaloi...

warna2 lain juga ada yang 2- 3 kali restock... especially yg teal + hijau dan turquoise + biru tu...

ketiga2 warna tu dah sold...yang lain2 masih available...ready stock seperti biasa dalam size M... jika nak tempah dalam lain2 size (kita buat sampai 3XL)...boleh hubungi saya di facebook

Tudung Pelangi - limited edition


corak kali ni...ada lain sikit drpd yang 1st batch...kombinasi warna pun jauh beza... tapi sayangnya... dapat stock kain sikit sangat... jadi stock pun limited... baru 1 - 2 kali restock...kain dah habishhh... yg last 2 (hujung sebelah kanan) tu lagi la.. baru sempat buat 8pcs... kain dah takde...
skrg ni, semua dah sold out batch ni... terimakasihhh... ada corak2 baru lagi.. kita buat banyak sket ye...

April 12, 2011

tempahan dari butik Chantique

kami juga menerima tempahan exclusive jika anda ada idea sendiri rekaan tudung... contohnya macam tudung ni...
asalnya mybutik2u buat tudung v-shape ni macam kat bawah ni... tapi waktu pemilik butik Cantique tu datang... dia minta kami buatkan yg base hitam dan bahagian V tu..bercorak...

so...takde masalah... kita pilih dan buatkan mcm yg kat atas tu... bukan senang nak buat tudung ni... banyak keja, banyak steps... menggunting aje dua tiga kali tukar pola... daripada 4 keping kain yang dipotong... dicantum2 pula jadi 1 keping sebelum akhirnya dicantumkan dengan awning... nak buat curly tu pun ada tekniknya... kalau salah potong kain... tak menjadi curly nya.... macam2 trend tudung sekarangkan?

Tudung Pelangi - 1st batch

ini 1st batch tudung pelangi koleksi mybutik2u... pertama kali tengok kain ni... terus excited nak buat tudung... kainnya sangat lembut... kombinasi warna + corak jugak cantek sangat... tone warna tu dibuat menggunakan teknik spray painting... untuk percubaan pertama... saya pilih warna2 yg kat atas ni (ikut sedap mataku memandang)

alhamdulillah..bila dah siap...dan dah publish di web dan fb... ramai yg suka... especially yg tone pink + gray tu... tak ingat berapa kali restock utk warna ni... ada juga yg tempah size L, S sampai ke XL...tudung kanak2 pun ada yg order... siap buat 1 set ibu + anak...

harga standard size M... RM36 saja... mmg berbaloi dg kualiti kain ni... tapi buat masa sekarang semuanya dah sold out... tapi ada lagi warna2 pelangi yang lain... nanti saya update dalam post seterusnya...